Friday, 19 April 2013

Tanda noktah


2.Tanda noktah
Tanda noktah digunakan untuk memenuhi fungsi seperti berikut:

a.  Pemakaian tanda noktah(.), lazimnya terdapat pada akhir ayat lengkap yang tidak berbentuk pertanyaan.
Contohnya: Saya pergi sekolah menaiki bas.
b.  Penamat ayat perintah/suruhan.
Contohnya :
i.         Berhenti
ii.        Jangan buang sampah di situ.

c.  ayat tanya yang tidak memerlukan jawapan.
Contohnya:
Mengapa kita tidak teruskan perjalanan kita ini.

d.  Penamat ayat tanya dalam ragam cakap pindah.
Dia bertanya dimanakah tempat tinggal saudara.

e.  Kependekan nama.
Contohnya:
M.Osman
P. Ramli

f.     Tanda noktah digunakan selepas setiap nombor senarai tanpa tanda kurung.
Contohnya :
1.  Malaysia
2.  Abdullah
3.  Pasar

g.  Memisahkan ringgit dengan sen.
Contohnya:
RM 40.30
h.  Tanda noktah juga digunakan untuk menunjukkan tanda perpuluhan atau pecahan.
Contohnya:
1.3 peratus
1.3 juta

   

No comments:

Post a Comment