Sunday, 21 April 2013

TANDA KOMA

Tanda koma (,) digunakan bagi memenuhi fungsi yang berikut:

a)Memisahkan tiga unsur atau lebih dalam satu ayat.
    Contohnya;
    Jalur gemilang berjalur merah, putih,dan biru.
b) Menggabungkan beberapa ayat menjadi satu ayat.
    Contohnya:
    Kakak saya menonton televisyen.
    Kakak saya menjahit baju.
    Kakak saya berbual-bual.

    Kakak saya menonton televisyen, menjahit baju, sambil berbual-bual.

c) Memisahkan Frasa keterangan daripada ayat induk dalam ayat songsang.
     Contohnya:
      Setelah menyunting rencana itu, dia menaipnya semula.

d) Menghubungkan ayat-ayat yang boleh berdiri sendiri dalam ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung seperti serta, dan, lalu, sambil, kemudian , dan tetapi
    Contohnya :
    Dalam reban itu terdapat lima ekor ayam, tetapi yang masih hidup hanya tiga ekor sahaja.

e) Memisahkan ayat induk daripada petikan langsung.
    Contohnya:
    amin berkata, " Harun mengambil masa tiga jam membaca novel setebal 150 halaman."

f) Memisahkan keterangan setara.
   Contohnya:
   Dr. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO, telah berucap di Perhimpunan Agong UMNO di PWTC.

g) Memisahkan unsur yang berlawanan.
   Contohnya:
   Rompakan itui berlaku di tingkat lima, bukan ditiongkat empat.

h) memisahkan kata atau unsur ayat.
   Contohnya:
   i. Kejadian itu berlaku pada pukul 3.00 petang,2 Jun 1999.
  ii. Pada tahun 1986, 200 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya.

i) Mernyisipkan kata, Frasa, atau, ke dalam sesuatu ayat atau perenggan.


No comments:

Post a Comment