Friday, 19 April 2013

TANDA BACAAN

TANDA SEMPANG

Tanda sempang menyerupai satu gharisan pendek. Simbol tanda sempang ini ialah seperti berikut
     Tanda sempang (-) ini digunakan untuk mengurangkan kekeliruan. Tanda sempang ini digunakan untuk memenuhi fungsi seperti berikut:
a)   Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.
Contohnya:
M-m-masuklah . Katannya dengan gagap.
Keterangan :
Tanda sempang  selepas huruf m itu menunjukkan bahawa seseorang itu gagap akan bercakap  terhenti-henti sebelum meneruskan perkataan yang terkeluar dari mulutnya.

b)   Memisahkan angka yang berbeza fungsi .
Contohnya:
03 – 87243175
Keterangan:
Tanda sempang (-) selepas angka 03 memberi  penerangan kepada pengguna telefon bahawa angka 03 itu ialah nombor kod kawasan yang ditentukan oleh Telekom Malaysia , manakala seterusnya ialah nombor telefon milik seseorang atau institusi.

c)   Tanda sempang yang digunakan selepas sesuatu perkataan berfungsi sebagai kata ganda.
contohnya :
Beratus-ratus
Pelajar-pelajar
Keterangan :
Tanda sempang (-) selepas sesuatu perkataan yang serupa adalah menunjukkan lebih dari satu, atau menunjukkan ‘banyak’.

Selain dari fungsi di atas , tanda sempang (-) boleh digunakan di dalam tujuh tujuan sahaja.

1.   Untuk menulis kata ulang .
Contohnya:
Anak-anak
Budak-budak
Contoh ayat;
a)   “Anak-anak kamu tinggal dengan siapa ?” Tanya Yusof kepada Ariffin.
b)   Budak-budak suka main air hujan.
2.   Untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris.
contohnya :
 ……………..menangguhkan penyelengaraan projek.
3.   Untuk memperjelaskan ungkapan .i
Contohnya:
Ber-evolusi dengan ber-revolusi

4.   Untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama.
Contohnya:
 anti-Rusia
hamba-mu

5.   Untuk merangkaikan ke depan angka .
Contohnya;
Ke – 2
Ke – 20

6.   Untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran ‘an’.
tahun  50-an
tahun 80-an

7.   Untuk menyatakan hubungan di antara kata-kata pada rangkaian kata tertentu atau rangkaian kata istilah.
Contohnya :
Alat pandang -dengar

No comments:

Post a Comment