Sunday, 21 April 2013

TANDA KOMA BERTITIK



Koma bertitik (;) digunakan untuk menandakan tempat berhenti yang lebih tegasa dan juga bagi memisahkan ayat-ayat sejenis setara. Penggunaan tanda koma bertitik (;) lazimnya digunakan di tempat-tempat seperti berikut:
a)      Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung oleh , dan, atau, namun,dan  lalu.
Contohnya:
Membaca itu menambahkan ilmu; berfikir itu  mempertajamkan minda; jadikanlah kedua-dua ini amalan hidup kita.

Sebagai ganti ‘dan’ atau ‘lalu’
i.                     Siang ; malam sama sahaja bagi orang buta.
ii.                    Tetamu itu tiba; dia menyambutnya.

b)      Memisahkan klausa utama yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya.
Contohnya :
 harga barang-barang di pasaran tidak turun , malah bertambah naik
c)       Memisahkan lebih daripada satu klausa terdapat dalam sesuatu ayat.
d)      Untuk memisahkan keterangan yang bersiri yang berlainan kategori , sekiranya keterangan itu dipisahkan oleh koma.

No comments:

Post a Comment