Koma bertitik (;) digunakan untuk menandakan tempat berhenti
yang lebih tegasa dan juga bagi memisahkan ayat-ayat sejenis setara. Penggunaan
tanda koma bertitik (;) lazimnya digunakan di tempat-tempat seperti berikut:
a)
Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang
biasanya disambung oleh , dan, atau, namun,dan
lalu.
Contohnya:
Membaca itu menambahkan ilmu; berfikir
itu mempertajamkan minda; jadikanlah
kedua-dua ini amalan hidup kita.
Sebagai ganti ‘dan’ atau ‘lalu’
i.
Siang ; malam sama sahaja bagi orang buta.
ii.
Tetamu
itu tiba; dia menyambutnya.
b)
Memisahkan klausa utama yang dimulai dengan kata
hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian,
sesungguhnya, dan sebagainya.
Contohnya :
harga barang-barang di pasaran tidak turun ,
malah bertambah naik
c)
Memisahkan lebih daripada satu klausa terdapat
dalam sesuatu ayat.
d)
Untuk memisahkan keterangan yang bersiri yang
berlainan kategori , sekiranya keterangan itu dipisahkan oleh koma.