Thursday, 2 May 2013

Simpulan Bahasa

1.Abang Angkat
Maksud : Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan yang mengakunya
Contoh ayat : Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang ipar
Maksud : Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud : Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat : Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud : Telah musnah sama sekali
Contoh Ayat: Kota yang melambangkan abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

5.  Abu Jahal
Maksud : Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan
\Contoh Ayat : Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyakki terl;ibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud : Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas
Maksud : Orang yang suka berhelah
Contoh Ayat : Kami memanggilnya  Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8.Ada Akal
Maksud : Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat : Syila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya oleh ayahnya.

 9. Ada Angin
Maksud : Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat : Alin ada angin , ada kalanya dia peramah dan ada kalnya pula dia marah-marah.

10. Ada Bakat
Maksud : Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzat ada bakat menjadi penulis novel.



No comments:

Post a Comment