Dalam Bahasa Malaysia terdapat dua puluh empat "Kata Sendi Nama" , iaitu:
Dari Hingga
Daripada Sampai
Untuk Dalam
Bagi Antara
Demi Terhadap
Tentang Akan
Seperti Oleh
Bagai Di
Tentang Ke
Seperti Di
Bagai Ke
Umpama Kepada
Laksana Pada
Dengan Semenjak
Sejak
* Dari dan daripada
Cara menggunakan 'dari' dan 'daripada' ialah seperti berikut:
Dari
a) Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu, atau masa.
Contohnya:
i) Kereta berwarna biru itu membelok dari kiri ke kanan.
ii) Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak.
Daripada
Kata sendi nama ' daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau benda termasuk unsur mujarad , sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan.
i) Menyatakan punca bagi manusia atau benda termasuk unsur mujarad.
Contohnya:
Dia menhjauhkan diri daripada bahaya dadah
ii) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
Contohnya:
Ukiran itu diperbuat daripada logam.
Untuk
Untuk dan bagi
Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:
i) Menunjukkan digunakan untuk sesuatu . Dalam menggunakannya yang demikian, sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan sendi nama 'bagi'.
Contohnya :
Penyata perbelanjaan (untuk) tahun hadapan sedang (bagi) dibentangkan di Parlimen.
ii) Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan demikian 'untuk' tidak boleh bertukar ganti dengan 'bagi'.
Contohnya :
Hadiah itu untukmu.
Bukan begini.
Hadiah itu bagimu.
Demi
Sendi nama 'demi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa makna:
i) Tujuan
Contohnya:
i) Rakyat Malaysia mesti bersatu padu 'demi' kestabilan negara.
ii) 'Demi' Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu.
ii) Urutan atau sekumpulan
Contohnya:
Buku itu disusun di atas meja satu demi satu.
Tentang,seperti, bagai,umpama, laksana dan dengan
Tentang
Cara menggunakan kata sendi nama 'tentang' adalah seperti berikut:
Kata sendi nama ' tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti sendi nama ini menjadi hal yang diperlukan atau dibicarakan. Dengan penggunaan yang demikian, sendi nama tentang tidak boleh diganti dengan bentuk mengenal yang merupakan kata kerja .
Contohnya:
kami berbual tentang kejadian rompakan itu .
(tidak boleh: Kami berbual mengenai kejadian rompakan itu,)
Perkataan mengenai berfungsi hanya sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada.
Contohnya :
Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.
jadi,perkataan 'tentang' itu,bila boleh digunakan?
ReplyDelete